salji biru

Thursday, 11 September 2014

Dibandingkan Dibezakan

Assalamualaikum,

Hai semua tak kira muda atau tua, kaya atau miskin, tinggi atau pendek, putih atau hitam dan sebagai yang berkaitan dengannya. hehe

kali nie nak mengadu domba. aku and kaum kerabat aku sering dibanding or dibeza-bezakan.

Pertama sekali bila dengar banding mesti la kita banding kan antara pandai dengan kurang pandai, cantik dengan buruk, baru atau lama, dll.

So kali nie bila aku atau orang lain dibandingkan or dibezakan aku terasa sangat. Ko dah kenapa nak bandingkan dia nie dengan dia nie. Please la...

Meh aku cerita sedikit.

Situasi 1
Setiap kali keluarga aku cuti balik kg and aku or adik aku sibuk bawak balik kerja assignment POLITEKNIK, mesty sedara mara aku berbunyi macam nie 'alah, orang cuti, cuti la buat apa nak buat kerja.'

Ok first sekali aku sengeh je... ye la mungkin salah aku sampai x luangkan masa bersama kat kg ngn sedara mara. Bukannya selalu dapat jumpakan. Aku pon pertimbang baik buruk aku pon sertai deorang jugak.. ye la bukan selalu jumpakan kan kan.. hehe

Situasi 2
Sepupu aku balik kg tapi dia tak leh nak enjoy giler sebab dia banyak assignment UNIVERSITI beliau.

Reaksi aku 'owhh ye ke? sian dia cuti pon ad kene wat keje. Tak pe  la buat le keje kamoo tu'. See baik tak aku. hahahah

Sedara mara lain tak kata pape pon. Tak berbunyi ape pun sume krik.. krik...

Apa yang aku nak titik beratkan nie ialah assignment POLITEKNIK, assignment UNIVERSITI.

Nampak tak perbezaannya perbandingannya.

Deorang membezakan sama ada aku nie pelajar politeknik dia tu pelajar universiti.

Cerita dia sama je dengan orang kaya ngan orang miskin.

Kalau ko kaya ko buat salah, bayar denda SETTLE tak perlu kaji selidik bagai. Orang miskin buat salah, pihak atasan dok kali selidik la, ambik lawyer pon still TAK SETTLE.

Kerja politeknik nie tak de nilai ke? Aku pon keluar diploma jugak, dia pon kuar universiti diploma jugak. Politeknik nie tak diiktiraf ke? Kalau tak diiktiraf asal ditubuhkan??

Aku kadang-kadang terasa tersindir sangat-sangat, sebab tu kalau deorang dok cerita pasal U deorang aku senyap je. Aku senyum angguk je. Sebab kalau aku cerita keistimewaaan Poli aku pon bukan deorang dengar. Ye la.. Poli je.

Aku tak pernah nak menyesal aku masuk Poli, Sebab semua tempat belaja sama je. Kalau niat korang nak belajar bersungguh-sungguh memang dapat berjaya tak kisah le ko belajar kat mana sekali pun.

Aku tak paham kenapa still ada orang nak bandingkan ipt aku dengan ipt dia. Buah fikiran aku tak diterima, buah fikiran dia diterima 100%

Please la. Aku still rase terkilan sangat-sangat sebab aku buat kerja diperlekehkan, dia buat kerja tak de sape boleh nak kata jangan or diperlekehkan. Agung sangat ke dia tu? Terkilan sangat-sangat.



Bye...




Monday, 21 July 2014

Pengkritik Tetap


Life still go on even aku x update status nie sampai setahun lebih…

Bukan aku tak nak update tapi masa tak mengizinkan aku update hahaha.. dah jangan nak bagi alasan bagai… ko yang malas nak update duk salahkan masa pulak!

Semakin aku meningkat dewasa and semakin aku merantau jauh (ehh.. jauh ke?) semakin aku kenal banyak orang, semakin aku keliru dengan sikap mereka nie sume.

Aku jumpa macam-macam ragam manusia, aku jumpa macam-macam fesyen terkini sampai aku rase ‘ini trend sekarang ke?’ sehinggakan semua orang nak sado baik lelaki atau perempuan. (heii.. apa kaitan ngan sado) hahaha saje je nak menokok tambah cerita biar kasi panjang ini entry hehe.

Apa yang aku dapat perhatikan ialah sikap manusia yang makin aku tak paham. Korang penah jumpa tak manusia nie.

Ko kenal dia and dia pon kenal ko. Kira korang berdua nie saling mengenali and saling berkawan. Tapi satu je masalah mamat/minah nie. Dia salu sangat nak cari gaduh ngan korang. Ada je benda yang ko buat tak betul dimata dia even ko dah buat benda tu habis baik dah.

Apa saja yang korang buat mesti ada je bangkangan and komen negatif nak mengkritik ko. Sampai satu tahap korang tercengang-cengang… apa salah aku? Aku buat betul je. Siap Tanya yang pakar lagi. Tapi still ad je yang tak betul.

Okeyhh…

First sekali korang kena tau manusia macam nie dia ada masalah sikit dengan ko. Aku tak tahu masalah apa. Mungkin dia benci korang or dia suka korang. Aku dah paham sangat dengan manusia macam nie. Aku penah jumpa. And apa tindakan aku layan karenah macam nie. Aku just dengar, senyum, setuju or menganguk and then aku buat apa je yang aku suke.

Sebab… kalau ko try nak lawan balik apa yang dia kata korang tak kan menang. Balik-balik dia jugak nak menang. Asyik kita je yang salah. Sampai aku rase macam nak cakap ‘kalau saya banyak salah, asal awak taknak buat sendiri’ tapi aku tak sampai hati nak cakap. Ye la… respect orang tu. Malas nak cari pasal.

Selain tu jugak, ahh nie jenis tak makan saman. Dia suruh ko buat something gune idea ko coz dia suruh buat sendiri, and ko pon buat dengan penuh semangat. Sehingga orang panggil ko pon ko buat dek je… coz kusyuk buat benda tu. Last ko dah siap and submit kat orang tu..

Tup tup.. dia kritik giler2 ko punye keje tu. Dia kata ini tak kena la.. itu tak kena la.. and dia suruh ko edit balik.

Ko pon dengan semangat yang berkobar2 sikit edit and betulkan apa yg orang tu nak. Nahhh siap… ko gie la submit. And kene reject lagi… mesti korang rase defak!! ‘aku dah buat habis baik and ko pon tak bagi idea suruh aku buat sendiri tapi bila kau dah buat asal banyak sangat kritikan hebat yang aku trima’ time nie aku dah tahu dah.. dalam hati korang mesti cakap macam nie ‘kalau ko pandai sangat asal la ko suruh aku. Aku pon buat la stail aku tp bila ak tunjuk kat ko, ko kritik habis2 kerja yg aku buat. Baik ko tak payah suruh aku buat kalaw ko lagi banyak idea.’

See…

Aku dah salu jumpa benda nie.. baik zaman aku sekolah, belajar kat ipt and alam kerja.. benda nie aku dah lalui sampai aku dah tak larat nak tanggung. Aku rasa macam what the… tapi aku tahan je sabar aku coz sabar itu separuh dari iman. Aku just senyum, angguk and buat balik. Tp dalam hati jangan cakap la… aku dah bagi orang tu pahala sebakul sebab aku dah kutuk dia dalam hati hahahahaah.

Dah laa… aku dah penat taip and penat perah otak kasi idea… nanti aku sambung lagi k.. bye

p/s: ini pesanan aku utk korang kalau korang jadi macam situasi diatas


LISTEN,
SMILE,
AGREE
AND THEN
DO 
WHATEVER YOU WERE GONNA DO ANYWAY

Saturday, 19 July 2014

Kayu

Assalamualaikum semua orang,

ini aku tulis just for fun je... tak de kaitan dengan sape2... ini sume kerja otak and jari. aku tak de kaitan hehehe

Awak…
Dlu awak janji akn sentiasa disisi saya…
Tapi disaat awak bertemu dia…
Awak sudah mula menjauhkan diri awak dr saya…
Awak taw x… diri saya terasa dipinggirkan
Awak x habis2 bercerita tntg dirinya…
Awak… sedar x pada sapa awak bercerita…
Saya nie kekasih awak!!!
Saya jelous sngt kalau awak asyik bercerita tntg dia pada saya…
Saya rasa saya nie dah x bermakna sangt…
Awak kejam…
Awak lebihkan dirinya daripada saya…
Makin hari saya tngk awak mula menjauhkan diri awak dari saya…
Pelbagai alasan awak bagi kat saya…
Setiap kali nk kuar sama mesty awak kata awak bzlah…
E2lah inilah… xpelah nak wat camne.. saya terima…
Tapi takdir tuhan kan… kita x tahu…
Saya terserempak ngan awak ngn dia…
Owh… patutlah selama nie pelbagai alas an awak bagi kat saye…
Rupa2nye awak kuar dengan dia…
Saya cuba berfikiran terbuka utk beri awak ruang utk beri penjalasan…
Tapi penjelasan awak benar2 mengguris perasaan saya…
Awak memilih dia dari saya…
Awak sampai hati awak…
Saya dulu yang awak kenal…
Sedangkan awak baru knl dia beberpa hari sudah mengiktiraf dia sebagai couple awak…
Awak jahat… awak kejam…
Alas an awak saya nie terlampau ‘kayu’
Awak.. saya x pandai bermadah puisi.. berlentok manja
Cukuplah ucapan sayg saya hari2 kat awak..
E2 merupakan tanda sayang saya kat awak..
Saya x reti nk berguraw lebih2 takut awak terasa hati..
Saya cuba hormat awa..
Tapi awak anggap saya kayu..
X pelah mgkn ini balasan yg saya patut trima
Kerana terlampau menjaga perasaan awak.. smpi awak merasakan saya ini kayu…
X pelah awak… nk buat mcm mne… mgkn kita x de jodoh..
Saya doakan semoga awak bahagia
Agak cetek pemikiran awak ye…

X pe lah awak… saya terima semua nie.. walaupon hati saya luka pedih..

Sunday, 6 July 2014

Peluang Kedua

Assalamualaikum.

Patutkan kita bagi seseorang nie peluang kedua untuk dia tebus balik kesalahan dulu yang dia buat ataupun kita ni perlu ke diberi peluang kedua untuk kita tebus balik apa salah and silap kita yang dulu.

YES or NO

My answer is YESNO hahahaha.

Ok bukan apa kata orang peluang kedua tu selalunya indah and ianya lebih better dari peluang pertama yang kita buat. Guest what. Kalau ko bagi seseorang tu peluang kedua untuk dia berubah boleh tapi pastikan peluang pertama yang ko bagi dulu dia lakukan dengan sempurna and perangai dia ok tapi disebabkan beberapa… beberapa small amount dia melakukan kesalahan.

Kalau time peluang pertama yang ko bagi kat dia and dia ni dia buat sambil lewa baik tak payah bagi dia peluang kedua. Sama jugak kalau korang couple. Rasenya tak perlu kot nak bagi bf/gf kita peluang kedua kalau peluang yang kita bagi dulu pon dia tak hargai. Buang masa je bagi peluang kedua kerana perkara yang sama akan berulang dan ko jugak yang akan frust menonggeng.

Quote nie menyedarkan aku supaya tak mudah nak bagi peluang kedua kat orang.


Jadi orang diluar sana ingatlah. Tak semua peluang kedua tu indah dan tak semestinya peluang kedua itu teruk. Ianya bergantung kepada situasi dulu. Peluang pertama. Kalau dengan peluang pertama dulu ko selalu kena maki, kena marah and rase tak dihargai. Stoplah. Peluang kedua ko akan sama selagi dia tak ubah perangai.

Kalau peluang pertama ko indah, rasa dihargai, selesa. So peluang kedua akan ok. Tapi bergantung kepada perangai seseorang itu.


Allah bagi kita minda untuk berfikir and Allah turunkan kita ujian untuk menilai and menguji setakat mana kemampuan kita. Sama ada kita ingatiNya atau tidak.

Friday, 16 August 2013

Pictures Speak More Than Words


Hello hello hello...
Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera...
Salam 1Malaysia...

Kali nie malas nak cite panjang just nak bagi korang tengok je gambar-gambar nie sume ok~

nie time aku practikal kat SPA Perak. Mereka sambut bufday aku ngan staff lain.

Bos aku time practikal. Jangan jeles aku dapat hadiah bufday ^__^

nie time along aku angkat nikat kat Johor bertarikh 11 November 2012

Persandingan kat Ipoh



Saturday, 7 April 2012

Menilai Orang

Assalamualaikum awak-awak semua,

Okey hari nie aku ingin bercerita tentang orang. Ok fine korang mesti rapat giler ngan family korang kan I mean the whole family termasuk pakcik, makcik, opah,atuk and mcm2 lagi lah… kiranya macam keluarga besar korang.

So kali nie aku ingin Tanya and beritahu korang serba sedikit yang aku tahu tentang perangai family besar korang tu k.

1.Banyak Duit

Ok fine mesty ada diantara pakcik and makcik korang yang banyak duitkan. Maksudnye keje jadi manager ke, bank ke or macam-macam lagi ar yang gaji boleh dikatakan 7 keturunan tak habis lah kan. Pakai kete pon tak pandang ar kete buatan malaysiakan kete depa sume besar-besar, mewah-mewah, sportlah itulah inilah kan. Kalau ada motor pun bukan sebarangan motor, nie dok pakai motor besar-besar nie.
Ok kalau perangai depa baik macam aku orang baik-baiklah example macam pemurah selalu hulur duit or benda-benda yang baik yang menyebabkan korang sayang kat dia.

Tapi

Kalau korang dapat yang jenis berlagak tak tentu pasal. Owh gosh aku tak tahu ar macam mana. Kalau aku ada family macam tu aku tak ngaku dia tu ada berkaitan sedara ngan aku. Malu beb. Macam tak sedar diri. Tuhan marah ok kita bersikap bongkak.

So aku nak cite lah sikit kat korang benda yang terjadi dalam kehidupan sesetengah orang nie kan. Depa ada sudara mara yang mewah and baik sangat-sangat macam kalau ko mintak duit or mintak tolong dia ambik korang kat mana-mana or apa-apa lah kan and dia tak pernah kisah. Sudi tolong ar katakan tapi sayangnye sikap dia yang dianggap macam terlalu hurm… terlalu apa ek.?? Ok terlalu…. Ok fine dia rase macam dia sorang je betul. Apa korang cakap dia tak nak dengar. Kalau ang bagi pendapat pon dia akan bangkang giler-giler ar ko punya pendapat. Time tu korang akan rase down giler. Maklumlah dia keje pangkat besar-besar just arah orang bawahan je buat keje and then ko pulak baru melangkah ke alam kampus. Baru nak kenal diploma lah kan. Ko tak rase terhina ke?? Wei mana pegi pemikiran and hati jahat ko??

Bukan aku nak ngata family macam nie. Tapi aku sebenarnya kesian tengok orang yang terhina tu. Dia pun ada perasaan walau pun dia keje gaji sikit. Bak kata ustaz aku dulu kais pagi makan pagi kais petang makan lusa hahaha.

Walaupun yang hina tu memang perangai buruk macam selalu tak de duit and suka pinjam duit kat family lain itu tak bermakna korang berhak caci hina dia. Dia pun manusia jugak. Cuba sikap dia je yang tak menyenangkan hati kita sume. Biasalah manusia semua tak pernah perfect giler2 mesty wat silap gak kan. 
Aku pun ada gak wat silap dalam hidup.

2. Tak Mewah Tapi Berlagak

Owh gosh sikap macam nie aku menyampah giler2. Bukan apa bukan aku nak hina dia yang gaji dia tak banyak. Tapi aku nak katakana kat sini yang sikap dia yang suka bermegah-megah. Ok example macam hurm.. ok anak-anak dia kategori pandai-pandai ar semua anak dia masuk university tapi bukan universiti jenis UITM or politeknik. University yang standard sikitlah katakan mcm UIA or UPM. Korang jgn terasa k bukan aku kutuk korang k. hehe.

Bukan apa sikap macam nie tak baik taw. Ye ar contohnya ok fine ko baru habis SPM and dapat sambung study kat UITM or politeknik je kan. Bukan aku nak hina UITM and poli coz aku pun study kat situ gak. Ok sambung balik, ko dapat kat situ je tapi anak-anak dia dpt sambung study kat matrikulasi, university and dpt sambung kat luar Negara ke and si emak dia nie yang over giler bukan nye dia yang gie study nie giler-giler punye cite kat 1 taman and 1 kampung yang anak dia sorang je la dpt sambung study kat situ lah kan. Dia bukan kategori nak menunjuk ke. ???

Kalau benda nie jadi kat diri aku lah kan nak saja aku cakap kat yang si emak tu tadi macam nie ‘bukannye awak yang dapat pergi tapi anak awak tu yang pegi’ haha biar dia rasekan apa dia ingan kalau orang lain study kat UITM or poli nie hina ke.. hello kami lagi bagus dari anak awak tu k. sape sokong saya angkat tangan hehe.

Tapi

Korang perasan tak pabila sikap si emaknye macam itu si anak pun akan berlagak jugak. Dia akan selalu cita yang tempat study dia lagi baik dari korang-korang nie sume. Kalau aku jumpa orang macam nie memang makan penyepak ngan aku. Apa ko ingat U tu bapak kamu buat apa.
Pada aku sume tempat study sama je samaada U, UITM, matrikulasi, giat mara, ikbn, politeknik and apa lagi ek hehe sume tu sama je yang pasti sikap and keinginan kita tu untuk terus sambung study.

3. Suka Meminjam Duit

Ok kali nie bukan aku nak kata yang suka pinjam duit nie hina and tak baik. Example macam.. hurm pakcik korang gaji tak mewah sangat and dia nak pinjam duit and dia janji akan bayar so tak salah kalau korang bagi pinjam coz dia akan bayar walau lewat. Janganlah korang hina dia nie. Bukan dia mintak jadi mcam nie, tuhan dah tentukan segalanya k tuhan itu maha mengetahui.

Nie kadang-kadang aku tengok bila family yang lain hidup mewah and dia lupa pada yang miskin. Korang tak fikir ke jika suatu hari nanty korang jatuh susah and memerlukan pertolongan, korang ingat kawan-kawan kaya korang nak ke hulur tangan bantu korang… tak wei, tak semua yang sudi nak tolong korang time korang bankrupt nnty. Family-family yang lain nie ar yang akan tolong sikit-sikit.

Ishh entah ar. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana tapi aku tulis nie bukan nak hina family korang, aku saja je nak bagitaw korang supaya korang bersikap berperikemanusiaan sikit. Menyayangi diantara satu sama lain walaupun dia tu tidak berkemampuan.

p/s: dulu aku suke merendahkan diri aku sehingga aku sanggup jadi batu dijalan yang sering disepak dan dilanggar and bila aku fikir-fikir balik jadi batu untuk beristinjak lagi rendah darjatnye hahaha entah la betul ke?? :-D 

Wednesday, 14 March 2012

Cincin

Assalamualaikum~

Boleh dikatakan ramai diantara kita yang minat pakai cincin, betul x! kerat kuku aku kalau korang sume benci giler-giler pakai cincin hahaha

Ok nak dimulakan cerita entry nie aku tadi outing nak kengkawan gie jalan-jalan coz kelas paki nie cancel~ tiba kawan aku ajak gie kedai cincin (bukan kedai emas k) kedai biasa-biasa je dia jual accesories. cincin ada, rantai ada,pendant ada, rantai/gelang tangan/kaki ada hahaha boleh dikatakan semua ada ar...

Rambang mata jugak ar aku tengok benda-benda tu sume rase macam nak borong satu kedai tu coz sumelah berkenan hahah. Nak dijadikan cerita tiba-tiba kawan aku cakap 'Miss Z, kat sini boleh ukir nama taw'. Aku pun terkejut arr jugak coz jarang kedai nak wat ukuran nama.

So aku pun tanya kat tuan kedai tu 'kat sini boleh ukir nama kat cincin ke?' and dia kata boleh... so aku still tak puas aty lagi aku pun tanya sekali lagi 'kalau nak ukir berapa harga?' tauke tu reply 'felee saja maa, tapi u kena beli cincin kat kedai ini la'.

Wahlawei terkezut aku coz ''felee saja maa'' so aku pun terus ar pilih cincin yang palaing aku berkenan kat aty aku. tapi aku pilih yang paling mudah ar coz aku nak save budget. (duit dah x berapa ada) tapi murah-murah pun nak dekat 20 henget aku melayang kat kedai 2.

So aku pun dah pilih cincin tu and bagi kat take tu. Dia tanya aku 'u mau tulis nama apa?' jeng jeng jeng~ aku blur time 2 hahaha. aku toleh kat kawan aku and dia kata dia ukir nama dia and nama pasangannye sekali. So kalau ikut kes aku nie aku nak tulis nama spe?? Aku dah le pakwe x de T_T huhu. so tanpa membuang masa aku pun ambik pen yang dia bagi just tulus kat kertas tu ''ZATY'' T_T perghh rase macam puffff*** entah ar~ tauke tu pun kata 'Z.A.T.Y ye?' 'haah ZATY' e2 je yang mampu aku sebut T_T

Terdetik kat aty aku nie mesty tauke tu heran asal satu nama je~ arghh aku malas nak pikir yang bukan-bukan. Tak pe time nie aku tak de couple so satu nama je la~ nnty aku dah couple dua nama la pulak hahah. SENGAL**