Assalamualaikum,
Hai semua tak kira muda atau tua, kaya atau miskin, tinggi atau pendek, putih atau hitam dan sebagai yang berkaitan dengannya. hehe
kali nie nak mengadu domba. aku and kaum kerabat aku sering dibanding or dibeza-bezakan.
Pertama sekali bila dengar banding mesti la kita banding kan antara pandai dengan kurang pandai, cantik dengan buruk, baru atau lama, dll.
So kali nie bila aku atau orang lain dibandingkan or dibezakan aku terasa sangat. Ko dah kenapa nak bandingkan dia nie dengan dia nie. Please la...
Meh aku cerita sedikit.
Situasi 1
Setiap kali keluarga aku cuti balik kg and aku or adik aku sibuk bawak balik kerja assignment POLITEKNIK, mesty sedara mara aku berbunyi macam nie 'alah, orang cuti, cuti la buat apa nak buat kerja.'
Ok first sekali aku sengeh je... ye la mungkin salah aku sampai x luangkan masa bersama kat kg ngn sedara mara. Bukannya selalu dapat jumpakan. Aku pon pertimbang baik buruk aku pon sertai deorang jugak.. ye la bukan selalu jumpakan kan kan.. hehe
Situasi 2
Sepupu aku balik kg tapi dia tak leh nak enjoy giler sebab dia banyak assignment UNIVERSITI beliau.
Reaksi aku 'owhh ye ke? sian dia cuti pon ad kene wat keje. Tak pe la buat le keje kamoo tu'. See baik tak aku. hahahah
Sedara mara lain tak kata pape pon. Tak berbunyi ape pun sume krik.. krik...
Apa yang aku nak titik beratkan nie ialah assignment POLITEKNIK, assignment UNIVERSITI.
Nampak tak perbezaannya perbandingannya.
Deorang membezakan sama ada aku nie pelajar politeknik dia tu pelajar universiti.
Cerita dia sama je dengan orang kaya ngan orang miskin.
Kalau ko kaya ko buat salah, bayar denda SETTLE tak perlu kaji selidik bagai. Orang miskin buat salah, pihak atasan dok kali selidik la, ambik lawyer pon still TAK SETTLE.
Kerja politeknik nie tak de nilai ke? Aku pon keluar diploma jugak, dia pon kuar universiti diploma jugak. Politeknik nie tak diiktiraf ke? Kalau tak diiktiraf asal ditubuhkan??
Aku kadang-kadang terasa tersindir sangat-sangat, sebab tu kalau deorang dok cerita pasal U deorang aku senyap je. Aku senyum angguk je. Sebab kalau aku cerita keistimewaaan Poli aku pon bukan deorang dengar. Ye la.. Poli je.
Aku tak pernah nak menyesal aku masuk Poli, Sebab semua tempat belaja sama je. Kalau niat korang nak belajar bersungguh-sungguh memang dapat berjaya tak kisah le ko belajar kat mana sekali pun.
Aku tak paham kenapa still ada orang nak bandingkan ipt aku dengan ipt dia. Buah fikiran aku tak diterima, buah fikiran dia diterima 100%
Please la. Aku still rase terkilan sangat-sangat sebab aku buat kerja diperlekehkan, dia buat kerja tak de sape boleh nak kata jangan or diperlekehkan. Agung sangat ke dia tu? Terkilan sangat-sangat.
Bye...
salji biru
Thursday, 11 September 2014
Monday, 21 July 2014
Pengkritik Tetap
Life still go on even aku x update status nie sampai setahun
lebih…
Bukan aku tak nak update tapi masa tak mengizinkan aku
update hahaha.. dah jangan nak bagi alasan bagai… ko yang malas nak update duk
salahkan masa pulak!
Semakin aku meningkat dewasa and semakin aku merantau jauh
(ehh.. jauh ke?) semakin aku kenal banyak orang, semakin aku keliru dengan
sikap mereka nie sume.
Aku jumpa macam-macam ragam manusia, aku jumpa macam-macam
fesyen terkini sampai aku rase ‘ini trend sekarang ke?’ sehinggakan semua orang
nak sado baik lelaki atau perempuan. (heii.. apa kaitan ngan sado) hahaha saje
je nak menokok tambah cerita biar kasi panjang ini entry hehe.
Apa yang aku dapat perhatikan ialah sikap manusia yang makin
aku tak paham. Korang penah jumpa tak manusia nie.
Ko kenal dia and dia pon kenal ko. Kira korang berdua nie
saling mengenali and saling berkawan. Tapi satu je masalah mamat/minah nie. Dia
salu sangat nak cari gaduh ngan korang. Ada je benda yang ko buat tak betul
dimata dia even ko dah buat benda tu habis baik dah.
Apa saja yang korang buat mesti ada je bangkangan and komen
negatif nak mengkritik ko. Sampai satu tahap korang tercengang-cengang… apa
salah aku? Aku buat betul je. Siap Tanya yang pakar lagi. Tapi still ad je yang
tak betul.
Okeyhh…
First sekali korang kena tau manusia macam nie dia ada
masalah sikit dengan ko. Aku tak tahu masalah apa. Mungkin dia benci korang or
dia suka korang. Aku dah paham sangat dengan manusia macam nie. Aku penah
jumpa. And apa tindakan aku layan karenah macam nie. Aku just dengar, senyum,
setuju or menganguk and then aku buat apa je yang aku suke.
Sebab… kalau ko try nak lawan balik apa yang dia kata korang
tak kan menang. Balik-balik dia jugak nak menang. Asyik kita je yang salah.
Sampai aku rase macam nak cakap ‘kalau saya banyak salah, asal awak taknak buat
sendiri’ tapi aku tak sampai hati nak cakap. Ye la… respect orang tu. Malas nak
cari pasal.
Selain tu jugak, ahh nie jenis tak makan saman. Dia suruh
ko buat something gune idea ko coz dia suruh buat sendiri, and ko pon buat
dengan penuh semangat. Sehingga orang panggil ko pon ko buat dek je… coz kusyuk
buat benda tu. Last ko dah siap and submit kat orang tu..
Tup tup.. dia kritik giler2 ko punye keje tu. Dia kata ini
tak kena la.. itu tak kena la.. and dia suruh ko edit balik.
Ko pon dengan semangat yang berkobar2 sikit edit and
betulkan apa yg orang tu nak. Nahhh siap… ko gie la submit. And kene reject
lagi… mesti korang rase defak!! ‘aku dah buat habis baik and ko pon tak bagi
idea suruh aku buat sendiri tapi bila kau dah buat asal banyak sangat kritikan
hebat yang aku trima’ time nie aku dah tahu dah.. dalam hati korang mesti cakap
macam nie ‘kalau ko pandai sangat asal la ko suruh aku. Aku pon buat la stail
aku tp bila ak tunjuk kat ko, ko kritik habis2 kerja yg aku buat. Baik ko tak
payah suruh aku buat kalaw ko lagi banyak idea.’
See…
Aku dah salu jumpa benda nie.. baik zaman aku sekolah,
belajar kat ipt and alam kerja.. benda nie aku dah lalui sampai aku dah tak
larat nak tanggung. Aku rasa macam what the… tapi aku tahan je sabar aku coz
sabar itu separuh dari iman. Aku just senyum, angguk and buat balik. Tp dalam
hati jangan cakap la… aku dah bagi orang tu pahala sebakul sebab aku dah kutuk
dia dalam hati hahahahaah.
Dah laa… aku dah penat taip and penat perah otak kasi idea…
nanti aku sambung lagi k.. bye
p/s: ini pesanan aku utk korang kalau korang jadi macam
situasi diatas
LISTEN,
SMILE,
AGREE
AND THEN
DO
WHATEVER YOU WERE GONNA DO ANYWAY
Saturday, 19 July 2014
Kayu
Assalamualaikum semua orang,
ini aku tulis just for fun je... tak de kaitan dengan sape2... ini sume kerja otak and jari. aku tak de kaitan hehehe
Awak…
Dlu awak janji akn sentiasa disisi saya…
Tapi disaat awak bertemu dia…
Awak sudah mula menjauhkan diri awak dr saya…
Awak taw x… diri saya terasa dipinggirkan
Awak x habis2 bercerita tntg dirinya…
Awak… sedar x pada sapa awak bercerita…
Saya nie kekasih awak!!!
Saya jelous sngt kalau awak asyik bercerita
tntg dia pada saya…
Saya rasa saya nie dah x bermakna sangt…
Awak kejam…
Awak lebihkan dirinya daripada saya…
Makin hari saya tngk awak mula menjauhkan
diri awak dari saya…
Pelbagai alasan awak bagi kat saya…
Setiap kali nk kuar sama mesty awak kata awak
bzlah…
E2lah inilah… xpelah nak wat camne.. saya
terima…
Tapi takdir tuhan kan… kita x tahu…
Saya terserempak ngan awak ngn dia…
Owh… patutlah selama nie pelbagai alas an
awak bagi kat saye…
Rupa2nye awak kuar dengan dia…
Saya cuba berfikiran terbuka utk beri awak
ruang utk beri penjalasan…
Tapi penjelasan awak benar2 mengguris
perasaan saya…
Awak memilih dia dari saya…
Awak sampai hati awak…
Saya dulu yang awak kenal…
Sedangkan awak baru knl dia beberpa hari
sudah mengiktiraf dia sebagai couple awak…
Awak jahat… awak kejam…
Alas an awak saya nie terlampau ‘kayu’
Awak.. saya x pandai bermadah puisi..
berlentok manja
Cukuplah ucapan sayg saya hari2 kat awak..
E2 merupakan tanda sayang saya kat awak..
Saya x reti nk berguraw lebih2 takut awak
terasa hati..
Saya cuba hormat awa..
Tapi awak anggap saya kayu..
X pelah mgkn ini balasan yg saya patut trima
Kerana terlampau menjaga perasaan awak.. smpi
awak merasakan saya ini kayu…
X pelah awak… nk buat mcm mne… mgkn kita x de
jodoh..
Saya doakan semoga awak bahagia
Agak cetek pemikiran awak ye…
X pe lah awak… saya terima semua nie..
walaupon hati saya luka pedih..
Sunday, 6 July 2014
Peluang Kedua
Assalamualaikum.
Patutkan kita bagi seseorang nie peluang kedua untuk dia
tebus balik kesalahan dulu yang dia buat ataupun kita ni perlu ke diberi
peluang kedua untuk kita tebus balik apa salah and silap kita yang dulu.
YES or NO
My answer is YESNO hahahaha.
Ok bukan apa kata orang peluang kedua tu selalunya indah and
ianya lebih better dari peluang pertama yang kita buat. Guest what. Kalau ko
bagi seseorang tu peluang kedua untuk dia berubah boleh tapi pastikan peluang
pertama yang ko bagi dulu dia lakukan dengan sempurna and perangai dia ok tapi
disebabkan beberapa… beberapa small amount dia melakukan kesalahan.
Kalau time peluang pertama yang ko bagi kat dia and dia ni
dia buat sambil lewa baik tak payah bagi dia peluang kedua. Sama jugak kalau
korang couple. Rasenya tak perlu kot nak bagi bf/gf kita peluang kedua kalau
peluang yang kita bagi dulu pon dia tak hargai. Buang masa je bagi peluang
kedua kerana perkara yang sama akan berulang dan ko jugak yang akan frust
menonggeng.
Quote nie menyedarkan aku supaya tak mudah nak bagi peluang
kedua kat orang.
Jadi orang diluar sana ingatlah. Tak semua peluang kedua tu
indah dan tak semestinya peluang kedua itu teruk. Ianya bergantung kepada
situasi dulu. Peluang pertama. Kalau dengan peluang pertama dulu ko selalu kena
maki, kena marah and rase tak dihargai. Stoplah. Peluang kedua ko akan sama
selagi dia tak ubah perangai.
Kalau peluang pertama ko indah, rasa dihargai, selesa. So peluang
kedua akan ok. Tapi bergantung kepada perangai seseorang itu.
Allah bagi kita minda untuk berfikir and Allah turunkan kita
ujian untuk menilai and menguji setakat mana kemampuan kita. Sama ada kita ingatiNya atau
tidak.
Subscribe to:
Posts (Atom)