salji biru

Monday, 21 July 2014

Pengkritik Tetap


Life still go on even aku x update status nie sampai setahun lebih…

Bukan aku tak nak update tapi masa tak mengizinkan aku update hahaha.. dah jangan nak bagi alasan bagai… ko yang malas nak update duk salahkan masa pulak!

Semakin aku meningkat dewasa and semakin aku merantau jauh (ehh.. jauh ke?) semakin aku kenal banyak orang, semakin aku keliru dengan sikap mereka nie sume.

Aku jumpa macam-macam ragam manusia, aku jumpa macam-macam fesyen terkini sampai aku rase ‘ini trend sekarang ke?’ sehinggakan semua orang nak sado baik lelaki atau perempuan. (heii.. apa kaitan ngan sado) hahaha saje je nak menokok tambah cerita biar kasi panjang ini entry hehe.

Apa yang aku dapat perhatikan ialah sikap manusia yang makin aku tak paham. Korang penah jumpa tak manusia nie.

Ko kenal dia and dia pon kenal ko. Kira korang berdua nie saling mengenali and saling berkawan. Tapi satu je masalah mamat/minah nie. Dia salu sangat nak cari gaduh ngan korang. Ada je benda yang ko buat tak betul dimata dia even ko dah buat benda tu habis baik dah.

Apa saja yang korang buat mesti ada je bangkangan and komen negatif nak mengkritik ko. Sampai satu tahap korang tercengang-cengang… apa salah aku? Aku buat betul je. Siap Tanya yang pakar lagi. Tapi still ad je yang tak betul.

Okeyhh…

First sekali korang kena tau manusia macam nie dia ada masalah sikit dengan ko. Aku tak tahu masalah apa. Mungkin dia benci korang or dia suka korang. Aku dah paham sangat dengan manusia macam nie. Aku penah jumpa. And apa tindakan aku layan karenah macam nie. Aku just dengar, senyum, setuju or menganguk and then aku buat apa je yang aku suke.

Sebab… kalau ko try nak lawan balik apa yang dia kata korang tak kan menang. Balik-balik dia jugak nak menang. Asyik kita je yang salah. Sampai aku rase macam nak cakap ‘kalau saya banyak salah, asal awak taknak buat sendiri’ tapi aku tak sampai hati nak cakap. Ye la… respect orang tu. Malas nak cari pasal.

Selain tu jugak, ahh nie jenis tak makan saman. Dia suruh ko buat something gune idea ko coz dia suruh buat sendiri, and ko pon buat dengan penuh semangat. Sehingga orang panggil ko pon ko buat dek je… coz kusyuk buat benda tu. Last ko dah siap and submit kat orang tu..

Tup tup.. dia kritik giler2 ko punye keje tu. Dia kata ini tak kena la.. itu tak kena la.. and dia suruh ko edit balik.

Ko pon dengan semangat yang berkobar2 sikit edit and betulkan apa yg orang tu nak. Nahhh siap… ko gie la submit. And kene reject lagi… mesti korang rase defak!! ‘aku dah buat habis baik and ko pon tak bagi idea suruh aku buat sendiri tapi bila kau dah buat asal banyak sangat kritikan hebat yang aku trima’ time nie aku dah tahu dah.. dalam hati korang mesti cakap macam nie ‘kalau ko pandai sangat asal la ko suruh aku. Aku pon buat la stail aku tp bila ak tunjuk kat ko, ko kritik habis2 kerja yg aku buat. Baik ko tak payah suruh aku buat kalaw ko lagi banyak idea.’

See…

Aku dah salu jumpa benda nie.. baik zaman aku sekolah, belajar kat ipt and alam kerja.. benda nie aku dah lalui sampai aku dah tak larat nak tanggung. Aku rasa macam what the… tapi aku tahan je sabar aku coz sabar itu separuh dari iman. Aku just senyum, angguk and buat balik. Tp dalam hati jangan cakap la… aku dah bagi orang tu pahala sebakul sebab aku dah kutuk dia dalam hati hahahahaah.

Dah laa… aku dah penat taip and penat perah otak kasi idea… nanti aku sambung lagi k.. bye

p/s: ini pesanan aku utk korang kalau korang jadi macam situasi diatas


LISTEN,
SMILE,
AGREE
AND THEN
DO 
WHATEVER YOU WERE GONNA DO ANYWAY

Saturday, 19 July 2014

Kayu

Assalamualaikum semua orang,

ini aku tulis just for fun je... tak de kaitan dengan sape2... ini sume kerja otak and jari. aku tak de kaitan hehehe

Awak…
Dlu awak janji akn sentiasa disisi saya…
Tapi disaat awak bertemu dia…
Awak sudah mula menjauhkan diri awak dr saya…
Awak taw x… diri saya terasa dipinggirkan
Awak x habis2 bercerita tntg dirinya…
Awak… sedar x pada sapa awak bercerita…
Saya nie kekasih awak!!!
Saya jelous sngt kalau awak asyik bercerita tntg dia pada saya…
Saya rasa saya nie dah x bermakna sangt…
Awak kejam…
Awak lebihkan dirinya daripada saya…
Makin hari saya tngk awak mula menjauhkan diri awak dari saya…
Pelbagai alasan awak bagi kat saya…
Setiap kali nk kuar sama mesty awak kata awak bzlah…
E2lah inilah… xpelah nak wat camne.. saya terima…
Tapi takdir tuhan kan… kita x tahu…
Saya terserempak ngan awak ngn dia…
Owh… patutlah selama nie pelbagai alas an awak bagi kat saye…
Rupa2nye awak kuar dengan dia…
Saya cuba berfikiran terbuka utk beri awak ruang utk beri penjalasan…
Tapi penjelasan awak benar2 mengguris perasaan saya…
Awak memilih dia dari saya…
Awak sampai hati awak…
Saya dulu yang awak kenal…
Sedangkan awak baru knl dia beberpa hari sudah mengiktiraf dia sebagai couple awak…
Awak jahat… awak kejam…
Alas an awak saya nie terlampau ‘kayu’
Awak.. saya x pandai bermadah puisi.. berlentok manja
Cukuplah ucapan sayg saya hari2 kat awak..
E2 merupakan tanda sayang saya kat awak..
Saya x reti nk berguraw lebih2 takut awak terasa hati..
Saya cuba hormat awa..
Tapi awak anggap saya kayu..
X pelah mgkn ini balasan yg saya patut trima
Kerana terlampau menjaga perasaan awak.. smpi awak merasakan saya ini kayu…
X pelah awak… nk buat mcm mne… mgkn kita x de jodoh..
Saya doakan semoga awak bahagia
Agak cetek pemikiran awak ye…

X pe lah awak… saya terima semua nie.. walaupon hati saya luka pedih..

Sunday, 6 July 2014

Peluang Kedua

Assalamualaikum.

Patutkan kita bagi seseorang nie peluang kedua untuk dia tebus balik kesalahan dulu yang dia buat ataupun kita ni perlu ke diberi peluang kedua untuk kita tebus balik apa salah and silap kita yang dulu.

YES or NO

My answer is YESNO hahahaha.

Ok bukan apa kata orang peluang kedua tu selalunya indah and ianya lebih better dari peluang pertama yang kita buat. Guest what. Kalau ko bagi seseorang tu peluang kedua untuk dia berubah boleh tapi pastikan peluang pertama yang ko bagi dulu dia lakukan dengan sempurna and perangai dia ok tapi disebabkan beberapa… beberapa small amount dia melakukan kesalahan.

Kalau time peluang pertama yang ko bagi kat dia and dia ni dia buat sambil lewa baik tak payah bagi dia peluang kedua. Sama jugak kalau korang couple. Rasenya tak perlu kot nak bagi bf/gf kita peluang kedua kalau peluang yang kita bagi dulu pon dia tak hargai. Buang masa je bagi peluang kedua kerana perkara yang sama akan berulang dan ko jugak yang akan frust menonggeng.

Quote nie menyedarkan aku supaya tak mudah nak bagi peluang kedua kat orang.


Jadi orang diluar sana ingatlah. Tak semua peluang kedua tu indah dan tak semestinya peluang kedua itu teruk. Ianya bergantung kepada situasi dulu. Peluang pertama. Kalau dengan peluang pertama dulu ko selalu kena maki, kena marah and rase tak dihargai. Stoplah. Peluang kedua ko akan sama selagi dia tak ubah perangai.

Kalau peluang pertama ko indah, rasa dihargai, selesa. So peluang kedua akan ok. Tapi bergantung kepada perangai seseorang itu.


Allah bagi kita minda untuk berfikir and Allah turunkan kita ujian untuk menilai and menguji setakat mana kemampuan kita. Sama ada kita ingatiNya atau tidak.