salji biru

Thursday, 11 September 2014

Dibandingkan Dibezakan

Assalamualaikum,

Hai semua tak kira muda atau tua, kaya atau miskin, tinggi atau pendek, putih atau hitam dan sebagai yang berkaitan dengannya. hehe

kali nie nak mengadu domba. aku and kaum kerabat aku sering dibanding or dibeza-bezakan.

Pertama sekali bila dengar banding mesti la kita banding kan antara pandai dengan kurang pandai, cantik dengan buruk, baru atau lama, dll.

So kali nie bila aku atau orang lain dibandingkan or dibezakan aku terasa sangat. Ko dah kenapa nak bandingkan dia nie dengan dia nie. Please la...

Meh aku cerita sedikit.

Situasi 1
Setiap kali keluarga aku cuti balik kg and aku or adik aku sibuk bawak balik kerja assignment POLITEKNIK, mesty sedara mara aku berbunyi macam nie 'alah, orang cuti, cuti la buat apa nak buat kerja.'

Ok first sekali aku sengeh je... ye la mungkin salah aku sampai x luangkan masa bersama kat kg ngn sedara mara. Bukannya selalu dapat jumpakan. Aku pon pertimbang baik buruk aku pon sertai deorang jugak.. ye la bukan selalu jumpakan kan kan.. hehe

Situasi 2
Sepupu aku balik kg tapi dia tak leh nak enjoy giler sebab dia banyak assignment UNIVERSITI beliau.

Reaksi aku 'owhh ye ke? sian dia cuti pon ad kene wat keje. Tak pe  la buat le keje kamoo tu'. See baik tak aku. hahahah

Sedara mara lain tak kata pape pon. Tak berbunyi ape pun sume krik.. krik...

Apa yang aku nak titik beratkan nie ialah assignment POLITEKNIK, assignment UNIVERSITI.

Nampak tak perbezaannya perbandingannya.

Deorang membezakan sama ada aku nie pelajar politeknik dia tu pelajar universiti.

Cerita dia sama je dengan orang kaya ngan orang miskin.

Kalau ko kaya ko buat salah, bayar denda SETTLE tak perlu kaji selidik bagai. Orang miskin buat salah, pihak atasan dok kali selidik la, ambik lawyer pon still TAK SETTLE.

Kerja politeknik nie tak de nilai ke? Aku pon keluar diploma jugak, dia pon kuar universiti diploma jugak. Politeknik nie tak diiktiraf ke? Kalau tak diiktiraf asal ditubuhkan??

Aku kadang-kadang terasa tersindir sangat-sangat, sebab tu kalau deorang dok cerita pasal U deorang aku senyap je. Aku senyum angguk je. Sebab kalau aku cerita keistimewaaan Poli aku pon bukan deorang dengar. Ye la.. Poli je.

Aku tak pernah nak menyesal aku masuk Poli, Sebab semua tempat belaja sama je. Kalau niat korang nak belajar bersungguh-sungguh memang dapat berjaya tak kisah le ko belajar kat mana sekali pun.

Aku tak paham kenapa still ada orang nak bandingkan ipt aku dengan ipt dia. Buah fikiran aku tak diterima, buah fikiran dia diterima 100%

Please la. Aku still rase terkilan sangat-sangat sebab aku buat kerja diperlekehkan, dia buat kerja tak de sape boleh nak kata jangan or diperlekehkan. Agung sangat ke dia tu? Terkilan sangat-sangat.



Bye...