salji biru

Tuesday, 22 November 2011

I'm Coming Home

hello ladies n gentleman,

ok kali nie I akan bercerita tentang nikmatnya umah hahaha... ok ok sume org duduk kat umahkan... bagi I sejak dari kecik sampai form 5 tak pernah kot pisah jauh dari rumah and kuarga... tapi lepas habis SPM dapat tawaran smbg study kat Perlis... Owh serius jauh O.o rase mcm x nak gie je.... tapi disebabkan study I pegi jgk T_T huhu

ok back 2 de point. Apa yang bestnye kat umh iyalah:

  • unlimited acces to internet hahaha ^_____^
  • boleh makan macam2 just reka je nak makan apa
  • nak gie jalan mne2 bolehh je no hal haha
  • shopping with family
  • holiday
  • stay with family
owh ok semua best k... kalau korang kata korang memang tak suka duduk umah baik korang fikir2kan balik coz nikmat duduk umah ngan family heaven kot hahaha....

ok ok I rase I tahu kenapa korang tak suka duduk umah... nie mesti pasal parent korang suka berleter betul x... camon la wei... kalau korang tak nak mereka bising just buat je keje apa yang mereka suruh... settle sume... and korang boleh lah enjoy ngn hidup korang hahah... lagi satu maybe pasal sibling korangkan... korang tak mesra alam ngan mereka... kalau jumpa sikit mesty gaduh2... camonlah wei.. xkanlah asyik berjumpa selalu gaduh... kadang2 tu try lah berbaik2... air yang dicincang takkan putus wei... 

I rase itu je kot benda yang I nak cerita... k ar apa2 pon semoga berbahagia ngn cuti korang k.... ^_^

Friday, 11 November 2011

Happy Birthday ^_^

hello ladies and gentleman...

ok rinie tarikh berapa wahai awak-awak semua... (11.11.2011) ok korang taw apa maksudnye 2... hari nie bufday I... (zati happy birthday, semoga panjg umur n murah rezeki) ok ok THANKS awak awak semua coz ingat bufday I k. :-)
apa ada pada nombor... ok fine itu adalah ayat orang yang x suka sambut bufday... ye la makin hari umur korang akan bertambah and bertambah so korang sume akan menjadi lebih tua hahaha. tapi pada I, no tu hanyalah sekadar no... and I bahagia kalau I tngk setiap tahun no tu semakin besar and i dah semakin matang. (pleaze lah zati jgn kata ko tak kesah ko dah makin tua k) ok ok ak tak nafikan memg ak ad terasa ar sikit yang umur tu semakin tua. tapi kalau ak menafikan pun usia tu akan terus berlalu dan bertambah dari tahun ketahun... so pendek kata I terima ianya seadanya hahaha.

kepada yang wish kat I, i terharu sangat2 coz korang still ingat bufday I. i love you all ^_^ and kepada yang tak wish lagi 2... cepat2 lah wish ye hahaha and kalau buleh wish sekali dengan hadiah ye hahaha...

k la apa2 pun selamat hari lahir jugak kepada yang menyambut hari lahir yang sama tarikhnya dengan I.. Happy bufday... selamat hari jadi... selamat hari tua and banyak2 lagi lah...  HAPPY BIRTHDAY TO YOU ^_^
 

Thursday, 3 November 2011

Pengalaman Yang Tidak Dapat Saya Lupakan Pada Hari Raya

Hari raya amat meriah untuk diraikan oleh semua kaum dan umat islam. Setelah kita berpuasa sebulan kini tibanya masa untuk kita meraikan hari yang bermakna. Tibanya hari raya semua kaum keluarga akan untuk mengayakan pakaian raya yang sangat cantik.

Pengalaman yang saya tidak akan lupa pada hari raya adalah ketika saya ingin mengosok baju dan baju saya terbakar dan berlubang kerana suhu iron tersebut sangat tinggi. Pada ketika itu rasa ingin menangis kerana baju tersebut belum sempat saya pakai dan juga saya tidak mempunyai baju raya yang lain. Saudara-saudar yang lain semua gelakkan saya dan mengatakan bahawa saya perlu beraya dengan baju t-shirt dengan kain batik. 
sampai hati mereka gelakkan saya
 Apalah malang nasib saya kerana baju yang saya tempah sebelum raya tukang jahit tersebut tidak sempat buat dan pada malam raya juga saya keluar bersama mama dan ayah untuk mencari baju di kedai tapi kesemua corak dan colour saya suka sudah kehabisan saiz. Akhirnya saya terpaksa memilih baju yang tersangat lah huduh pada mata saya. Hahaha. Pada pagi raya pulak, baju pulak terbakar. Hai entahlah, raya macam tak nak raya pun ada coz saudara semua merayakan baju raya yang baru tapi saya tak tahu baju apa yang saya ingin pakai.
sedeyy sangat2
 
Saya termenung je sebab tak tahu nak pakai baju apa, tiba-tiba mama datang sambil menghulurkan satu bungkusan. Saya heran juga kenapa mama nak bagi hadiah pada pagi raya, nak kata birthday saya belum tiba lagi. Saya pun mengambil bungkusan tersebut dan membukanya. Rupa-rupa dalam bungkusan tersebut ada sepasang baju kurung moden berwarna biru yang sangat cantik. Ada hiasan manik di tengkuk dan juga lengan baju. Rasa nak menangis pun ada masa itu.


Saya memeluk mama sambil menangis dan mengucapkan terima kasih. Kata mama baju itu memang dia sudah beli lama tapi ingin saya pakai pada hari pertunangan along saya. Tapi memandangkan sudah terjadi peristiwa tersebut, mama terpaksa memberikan baju itu dulu dan akan membelikan saya baju yang lain pada hari pertunangan along nanti.

Pada hari raya itu saya rasa tersangatlah cantik dengan pakaian yang berwarna biru. Rasa lengkap hari raya saya walaupun pada permulaannya amat tidak dapat saya lupakan.  


p/s: pengalaman korang macam mne?? ^_^