Hari raya amat meriah untuk diraikan oleh semua kaum dan umat islam. Setelah kita berpuasa sebulan kini tibanya masa untuk kita meraikan hari yang bermakna. Tibanya hari raya semua kaum keluarga akan untuk mengayakan pakaian raya yang sangat cantik.
Pengalaman yang saya tidak akan lupa pada hari raya adalah ketika saya ingin mengosok baju dan baju saya terbakar dan berlubang kerana suhu iron tersebut sangat tinggi. Pada ketika itu rasa ingin menangis kerana baju tersebut belum sempat saya pakai dan juga saya tidak mempunyai baju raya yang lain. Saudara-saudar yang lain semua gelakkan saya dan mengatakan bahawa saya perlu beraya dengan baju t-shirt dengan kain batik.
![]() |
sampai hati mereka gelakkan saya |
Apalah malang nasib saya kerana baju yang saya tempah sebelum raya tukang jahit tersebut tidak sempat buat dan pada malam raya juga saya keluar bersama mama dan ayah untuk mencari baju di kedai tapi kesemua corak dan colour saya suka sudah kehabisan saiz. Akhirnya saya terpaksa memilih baju yang tersangat lah huduh pada mata saya. Hahaha. Pada pagi raya pulak, baju pulak terbakar. Hai entahlah, raya macam tak nak raya pun ada coz saudara semua merayakan baju raya yang baru tapi saya tak tahu baju apa yang saya ingin pakai.
![]() |
sedeyy sangat2 |
Saya termenung je sebab tak tahu nak pakai baju apa, tiba-tiba mama datang sambil menghulurkan satu bungkusan. Saya heran juga kenapa mama nak bagi hadiah pada pagi raya, nak kata birthday saya belum tiba lagi. Saya pun mengambil bungkusan tersebut dan membukanya. Rupa-rupa dalam bungkusan tersebut ada sepasang baju kurung moden berwarna biru yang sangat cantik. Ada hiasan manik di tengkuk dan juga lengan baju. Rasa nak menangis pun ada masa itu.
Saya memeluk mama sambil menangis dan mengucapkan terima kasih. Kata mama baju itu memang dia sudah beli lama tapi ingin saya pakai pada hari pertunangan along saya. Tapi memandangkan sudah terjadi peristiwa tersebut, mama terpaksa memberikan baju itu dulu dan akan membelikan saya baju yang lain pada hari pertunangan along nanti.
Pada hari raya itu saya rasa tersangatlah cantik dengan pakaian yang berwarna biru. Rasa lengkap hari raya saya walaupun pada permulaannya amat tidak dapat saya lupakan.
p/s: pengalaman korang macam mne?? ^_^
No comments:
Post a Comment